Member2

30 April 2010

‘POWERNYA KACANG SOYA’



Kacang soya semakin popular dalam kalangan pengamal makanan sihat. Ia lebih murah dari daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupakan dua kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur. Kadar lemaknya sangat rendah dan ia kaya dengan pelbagai bahan mineral dan juga vitamin A, B, C dan D. protein soya mampu mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung. Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga. Antara produk makanan bersumberkan soya ialah tauhu atau tempe. JOM MAKAN SEKARANG JUGA!!!





No comments:

Post a Comment