Alhamdulillah..Allah masih memberi kurniaan yang sangat berharga untuk ku melayari kehidupan ini dengan nikmat keluarga tercinta. Tak dapat kubayangkan bagaimana perasaan sahabat-sahabat ku yang tidak ber ayah dan beribu, tidak berkeluarga… bagaimana? Sedangkan aku diberi nikmat seorang ayah yang sangat penyayang, ibu yang sangat berhati mulia,..abang-abang yang sentiasa melindungi adik-adiknya,..seorang kakak yang mengasihi keluarganya,..dan adik-adik yang sangat istimewa… tidakkah aku bersyukur lagi dengan kurniaan ini… dilahirkan oleh emak dan abah dengan izin TUHAN sebagai seorang anak ketiga dengan memiliki 2 orang abang, memiliki seorang kakak yang baru dan 3 orang adik sangat-sangat bermakna buat diriku…
Jauh di perantauan…aku sentiasa ingin kalian mengerti, diriku sangat menyayangi kalian…
Mak, abah…didikan yang mak abah berikan sebenarnya kurniaan Tuhan yang sangat suci… mak abah lah pendidik terbaik buat diri ini…member didikan agama dari kecil, kemudian mendidikku mengenali dunia dengan penuh berhikmah…kelembutan kalian membelaiku dan kegarangan kalian melindungiku…
Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku kecil. Ya Allah, jadikanlah mereka ahli syurgaMu yang tertinggi…
Abah: Hj Shohor bin Hj Haroon
Emak: Ruziah binti Hj. Suhaimi
Ni abang sulungku…dan kakak iparku…kak longku… along seorang abang yang sangat sabar dalam mendidikku sebagai seorang adik. Tapi sangat garang dari mak dan abah. Mungkin sebab diriku sangat degil ketika kecil. Tak dapat kulupakan peristiwa waktu kecik2 dulu…apapun, along memang seorang abang yang baik… nasihat kepada adik-adiknya sentiasa meniti di bibir.
Kak long…kehadiranmu memang membawa sinar dalam kehidupanku…tak dapat diungkapkan perasaan gembira apabila dapat berita yang along mahu berzaujah…dah zaujahnya itu adalah kak long…
Ya Allah, jadikanlah pasangan suami isteri ini pasangan yang sentiasa dibawah pemeliharaanMU.. lindungilah bahtera mereka…
Along: Muhammad Redha bin Hj Shohor
Kak long: Shahila binti Hj. Saadon
Dan ini abang kedua…angahku… seorang abang yang penyabar dan pebdiam. Angah tak banyak cakap tapi angah banyak bagi nasihat padaku. Selalu juga angah kongsi apa yang tahu, mudah bicara diriku selalu berdiskusi dengannya. Apa yang penting, kalau along marah, angah la yang memujuk…
Ya Allah, berkatilah insan ini…bimbinglah dirinya setiap apa yang dia lakukan… Ya Allah, temukanlah jodoh yang terbaik buat abangku ini…
Angah: Ahmad Sufian bin Hj. Shohor
Adikku…penemanku dari kecil…tiada rahsia antara aku dan dirinya…dimarahi bersama, ketawa bersama, menangis bersama, bergaduh bersama…seorang yang sangat tegas dalam dirinya, sukar untuk dikalahkan oleh orang lain… adik yang lebih matang dari seorang kakak (kata orang) tapi tidak pernah membelakangkan kakaknya jika ingin membuat keputusan… adik, perjalanan adik masih jauh lagi, kuatkan semangat adik, yakinlah Allah sentiasa berada di sisi untuk memberi kebahagiaan kepada hambaNya, Cuma kadang-kadang Allah letakkan sedikit duri untuk kita perolehi kebahagiaan yang lebih manis…yakinlah sayang…
Ya Allah, kuatkanlah semangat adikku, bimbinglah dirinya…pimpinlah dirinya agar menjadi seorang anak yang solehah…
Adik: Azimah binti Hj. Shohor
Adikku lagi,. Awa sangat pendiam, memang sukar memahami nalurinya, namun aku sangat bersyukur kerana adikku ini rapat denganku. Emak selalu cakap, “jangan dengar awa bercakap gini, kalau akak balik, baru dengar suara dia,”. Tapi ada satu keistimewaan dalam diri adikku seorang ini. Hatinya sangat terpelihara oleh Allah. Sejak kecil, dia sudah mahu mengenali Islam dengan lebih dekat. Kadang-kadang membuatkan kakak-kakaknya yang ‘gila-gila’ segan padanya. Pernah satu ketika, pusing wayar dalam kepala memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepadanya dek soalan yang cupemas yang diajukan kepadaku…
Ya Allah, bimbinglah adikku ini… kuatkanlah dia, dia masih kecil untuk mengenali dunia yang fana ini, pimpinlah dia agar menjadi anak yang solehah…
Awa : Siti Salwa binti Hj. Shohor
AMIR!!!! Rindunya akak pada amir,..penyeri mak abah, penyeri keluarga dan penyeri hidupku… satu-satunya adik lelakiku. Adik yang sangat manja, celotehnya yang comel menjadi pengubat diriku. Abah yang sedang ‘panas’ akan jadi ‘sejuk’ secara automatic jika ada amir… cerdik tapi kurang rajin (biasalah budak laki)… sangat peramah tak kira lah dengan siapapun, semua boleh jadi kawannya…chumelll
Ya Allah, moga penyeri keluarga ini terus member kebahagiaan kepada keluargaku, bimbinglah amir Ya Allah…jauhkanlah dirinya daripada perkara-perkara yang terkutuk, pimpinlah dirinya untuk menjadi seoarang anak yang soleh, yang menjadi pendokong kepada agamaMU…
Amir: Muhammad Amir bin Hj. Shohor
Akhir sekali, zaujku…tiada apa yang aku boleh ungkapkan kerana diriku belum mengenalimu, namun jadilah imamku, pengbimbingku, penemanku, sahabatku… moga diriku dapat menjadi pengiringmu dalam jalan islam…itulah impianku sebagai zaujahmu… aku tak mampu untuk ‘demand’ apa-apa dari kamu, namun aku hanya mampu minta yang terbaik dariNya, kerana yang terbaik itu adalah dariNya, Pencipta dan Pemberi Cinta…
Ya Allah, temulah kami di jalanMu…
syifaaulQ0lb
No comments:
Post a Comment