Member2

06 April 2010

persoalan: My name is Khan








 Rizwan khan..khan..khan…
My name is Khan and I’m not a terrorist
My Name Is Khan., filem hasil filem oleh Karan Johar yang diteraju oleh Shah Rukh Khan dan Kajol..  satu-satunya filem Hindustan yang membuatkan saya terpesona… satu-satunya filem Hindustan yang tiada joget2…sangat mengagumkan saya.. olahan lirik yang sangat memukau … sangat istimewa…
Then, satu info yang best filem ini sebenarnya dibantah sekeras-kerasnya di India untuk ditayangkan kerana sensitivity agama…
Apa yang istimewa??
Sedikit synopsis:
Secara ringkasnya, filem ini  berkisar tentang seorang lelaki autistik yang beragama Islam (Shah Rukh Khan) yang bernama Rizwan Khan. Rizwan Khan sering dibuli oleh kawan-kawannya disekolah kerana 'penyakitnya'. Walau bagaimanapun, dia sabar berkat didikan ibunya. Ibunya sering memberi nasihat bahawa dalam dunia ini hanya ada dua jenis manusia iaitu manusia yang baik dan manusia yang jahat (tidak kira agama apa yang dianuti). Ibunya juga sering berpesan-pesan dengan kebaikan, kasih dan sayang.

Setelah kematian ibunya, Rizwan Khan berhijrah ke Los Angeles untuk bersama-sama dengan adiknya. Di sana, dia berkahwin dengan seorang janda anak satu yang bernama Mandira. Kehidupannya bahagia sehinggalah peristiwa 11 September (9/11) kerana peristiwa itu telah menyebabkan orang Islam sepertinya dikeji dan dihina malah dianggap sebagai pengganas. Kemuncak kepada peristiwa ini, anaknya mati dibunuh dan motif pembunuhan tersebut adalah kerana agama. Mandira menyalahkan Rizwan Khan atas hal ini. 

Keadaan ini menyebabkan Rizwan Khan berjanji dengan Mandira bahawa dia tidak akan kembali kepada Mandira sehinggalah dia berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat dan menyampaikan mesej "MY NAME IS KHAN, AND I'M NOT A TERRORIST". Mesej ini jelas bermaksud saya Khan (nama seorang Muslim), dan saya bukan pengganas. 

Rizwan Khan menempuh pelbagai cabaran sebelum berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat demi untuk menyampaikan mesejnya itu. Apa yang menyentuh hati ialah sikapnya yang sangat baik, menolong semua manusia yang berada dalam kesusahan walaupun bukan dari agama dan kepercayaan yang sama. Akhirnya kerana sikap baik yang ditunjukkan, Rizwan Khan berjaya juga berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat dan menyampaikan mesejnya.

Namun, persoalan yang timbul selepas melihat filem ini:
BOLEHKAH MUSLIM BERKAHWIN DENGAN KAFIR???
Selepas diajukan persoalan ini, ternyata diri ini sangat ketandusan ilmu... namun, perkara ini semakin membuatkan saya terus mencari jawapan yang pasti… Alhamdulillah, seterusnya terungakailah satu demi satu persoalan yang timbul di benak fikiran saya dan rakan-rakan yang lain..  moga dengan perkongsian ini mampu menolong diri anda semua…
Hukum berkahwin dengan mana-mana perempuan ahli kitab sama ada dari kalangan Yahudi mahupun Nasrani, di sana terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama :

Pendapat pertama mengatakan hukum lelaki Islam berkahwin dengan mana-mana perempuan ahli kitab zaman sekarang adalah haram kerana kepercayaan mereka yang sudah berubah. Di dalam “Sahih Bukhari” terdapat satu riwayat daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya dia pernah ditanya tentang perkahwinan antara lelaki muslim dan wanita nasrani atau yahudi, Abdullah bin Umar menjawab:

“Allah mengharamkan wanita musyrik dikahwini oleh lelaki muslim, Aku tidak tahu syirik manakah yang lebih besar daripada seorang isteri yang mengatakan bahawa Tuhannya ialah Isa, padahal beliau itu adalah salah seorang dari hamba Allah s.w.t. Jika ia tidak mengatakan hal itu, ia tetap dipandang sebagai wanita ahlul kitab, walaupun ia meyakini kesucian Isa al Masih atau meyakini kesucian bondanya Maryam atau meyakini kesucian roh kudus dalam bentuk yang berlainan dari kepercayaan orang muslim; selama ia tidak menyekutukan Allah”.

Pendapat kedua mengatakan hukumnya adalah halal, namun adalah elok dielakkan. Inilah pendapat Saidina Umar bin al-Khattab r.a yg menegah lelaki Islam bernikah dgn perempuan ahli kitab dizaman pemerintahannya.

Pendapat ketiga (jumhur ulama dan pandangan Prof Dr Yusuf al-Qardhawi) mengatakan adalah halal lelaki Islam berkahwin dengan mana-mana perempuan yang suci dari ahli kitab meskipun kepercayaan tauhid mereka sudah pun berubah. Ini kerana kesesatan ahli kitab bukan sahaja di zaman sekarang, malah di zaman Nabi saw lagi mereka sudah pun sesat.

Buktinya dalam surah an-Nisak ayat 171 Allah SWT berfirman,

Ertinya : " Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau-lampau dalam agamamu, dan janganlah mengatakan tetang Allah kecuali yang benar, Sesungguhnya Al-Masih Isa anak Maryam itu adalah Rasulullah, dan ia di letakkan kepada Maryam dan ruhnya datang dari Allah, maka berimanlah dengan Allah dan rasul-rasulNya, jangalah kamu mengatakan "tiga", tamatkanlah dakwaan itu lebih baik bagimu, sesungguhnya Allah itu Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak...."( An-Nisa : 171)

Selain itu Nabi saw juga pernah bermubahalah (laknat melaknat atas nama Tuhan) dengan orang-orang Kristian Najran. Kisahnya bermula apabila wakil orang-orang kristian dari Najran datang ke Madinah untuk berdebat dengan Nabi saw mengenai ketuhanan Nabi Isa a.s. Disebabkan kedegilan orang-orang Kristian untuk menerima hujah Nabi saw maka turunlah wahyu Allah SWT surah Ali Imran ayat 61,

Maksudnya : “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpa ke atas orang yang berdusta.” (Ali Imran: 61)

Ayat ini dengan tegas menyuruh Nabi saw mencabar orang-orang Kristian untuk bermubahalah. Di saat-saat akhir ketika Nabi saw sudah bersedia dengan membawa Fatimah, Hasan dan Husin malangnya cabaran ini ditolak oleh orang-orang Krsitian.

Demikianlah juga orang-orang Yahudi di zaman Rasulullah saw turut kafir kepada Allah dan juga Rasul. Mereka pernah merancang untuk membunuh Rasulullah saw melalui pelbagai cara termasuk sihir namun gagal.

Dalam keadaan mereka kafir menentang Allah dan juga Rasul, namun turun ayat Al-Quran yang menghalalkan umat Islam memakan daging sembelihan mereka. Dalilnya ialah firman Allah SWT,

Maksudnya : "Makanan-makanan ahli kitab adalah halal buat kamu begitu juga makananmu halal buat mereka. Perempuan-perempuan mu'minah yang baik (halal bagimu ) begitu juga perempuan-perempuan yang baik-baik dari orang-orang yang pernah diberi kitab sebelum kamu.." (al-Maidah: 5)

Berdasarkan ayat di atas, jika makanan ahli kitab boleh dimakan maka hukum yang sama juga adalah harus menikahi mana-mana perempuan mereka.

Pendapat keempat dan pendapat yang terkuat dalam Syafi’iyah iaitu halal lelaki Islam berkahwin dengan perempuan ahli kitab yang asli dari golongan yahudi dan nasara di sekitar tanah arab.
Dalil akal:

Di dalam perkahwinan berbeza agama sebegini, terdapat kebimbangan terhadap wanita Islam akan terjerumus di dalam kekufuran kerana kebiasaannya suaminya akan menyeru kepada agamanya samada secara langsung atau tidak. Golongan wanita pada kebiasaannya akan mengikuti suami. Oleh itu, perkahwinan sebegini menjadi sebab ke arah perbuatan haram. Perkahwinan ini juga haram kerana segala penyebab yang membawa kepada haram adalah haram.
Menurut M.Quraish. Shihab, wanita Muslimah tidak diperkenankan kahwin dengan lelaki bukan Islam, baik ahli kitab, lebih-lebih lagi kaum musyrik kerana mereka tidak mengakui kenabian Muhammad S.A.W. Sedangkan lelaki Islam mereka percaya kepada Nabi Isa sebagai Nabi. Oleh itu, tidak ada konsep timbal balik dalamperkahwinan. Selain itu, lelaki biasanya, bahkan sepatutnya menjadi pemimpin rumah tangga dapat mempengaruhi isterinya.

Al-Qaradhawi berpendapat, keharusan seorang lelaki Islam berkahwin dengan wanita bukan Islam Kitabiah kerana lelaki merupakan ketua keluarga dan pemimpin ke atas seorang isteri. Islam memberikan kebebasan beragama kepada wanita Kitabiah sepanjang berada di bawah kepimpinan keluarga suaminya yang beragama Islam, tetapi agama lain seperti Yahudi dan Nasrani tidak memberikan jaminan kepada wanita Islam yang berada di bawah kepimpinan keluarga yang tidak beragama Islam.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga…
2.29 am 5hb april 10
Syifaa ul Q0lb


No comments:

Post a Comment