Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
simple jer citer niey...tp lepas diri ini baca...huhu...
begitu banyak kelemahan aku...
jom sama2 kita latih diri supaya tidak mudah untuk merungut...
if kita rasa tak puas hati, kita cuba fikir positive...
kalau ayat islamic nyer...kite bersangka baek dengan Allah...
so secara tak langsung kita akan mengajar diri kita untuk bersyukur walaupun skecil-kecil perkara....INSYAALLAH
macam nak tersembur mata aku bila aku tengok resit ... (Cina India Melayu Bank) hehe...tersangat-sangat tak percaya...biar betol...erm, tak tahu la camne lepas niey...
syifaaulQ0lb
resit ap??
ReplyDeleteresit CIMB la ftmah....
ReplyDelete