Alhamdulillah…belajar lagi benda yang sangat menarik hari
ini tapi secara jujurnya sangat simple dalah kehidupan seharian.
Senyuman tidak berhenti dan tidak terputus hari ini
disebabkan nikmat kegembiraan yang Allah bagi padaku hari ini,. Alhamdulillah…
Just wanna to share:
DALAM DUNIA NI TAK PERLU ADA TERMA DAN
SYARAT UNTUK RASA BERSYUKUR PADA ALLAH…
Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi dan kadangkala kita
sebagai hamba terlupa nikmat tersebut dan ada kalanya tak teringat pon. DHAIF
KAN KITA!
Ada satu contoh:
Dalam konteks seorang student. Alkisahnya Si A ni nak sangat
dapat pointer 3.5 dalam sem tu. Kemudian dia dapat keputusan 3.30. disebabkan
keputusannya itu, dia berasa hampa dan kecewa lalu menyalahkan takdir. Jadinya,
dalam kes ini, seolah-olah siA hanya akan rasa gembira bila dia dapat 3.50
dalam peperiksaannya.
Bagi pendapat aku la kan, x salah kalau dia rasa untuk dapat
lebih, tapi bersyukurlah dengan perkataan Alhamdulillah dan tekadkan azam untuk
mencuba dengan lebih baik pada masa akan datang.
CONTOH SAHAJA OK!heee
Mungkin sebab aku pernah jatuh dalam akademik masa satu sem
tu…memang terasa sem tu berpuaka betul, dan sangat lah perit masa menanggung
zaman kejatuhan tu. ALLAH sahaja yang tahu peritnya… TAPI Alhamdulillah,
selepas kejadian itu, aku mampu untuk merasa nikmat gembira yang tersangat
seronok selepas mendapat keputusan peperiksaan baru-baru ini.
TERIMA KASIH YA ALLAH. AKU SYUKUR PADAMU.
No comments:
Post a Comment