Member2

16 June 2010

How we eat?


“we are what we eat”… ayat ni ditulis besar-besar pada satu slide nota introduction of food scince masa sem lepas…

Ya…saya betul2 setuju… setiap apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita…dan darah daging kita akan member kesan kepada tuan punya badan..

Apepun entry kali ini adalah bagaimana cara manusia paling agung makan… yang ingin saya fokuskan adalah hikmah disebalik cara manusia paling agung tersebut iaitu tak laen tak bukan junjungan besar Nabi Muhammad SAW… Tapi tak de la lengkap, just sikit2 yang simple2…

Entry ini juga berdasarkan ceramah yang saya perolehi daripada ceramah Ustaz Jamnul Azhar, seorang doctor dan juga seorang pendakwah…

Pertama sekali, kita lihat cara makan.

KENAPA GUNAKAN TANGAN?
Mengikut cara Rasulullah SAW, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

MENGAPA?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

MENGAPA MENGHISAP GARAM?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

KENAPA GARAM??
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.

Yang keduanya, cara Rasulullah mengunyah.

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Yang ketiganya, Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim)

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Seterusnya,cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Jadi camne cara minum?? Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. 

just sekadar perkongsian...


syifaaulQ0lb

2 comments:

  1. terima kasih atas pkongsian..alhamdulillah
    cume cntikkn lagi dgn dalih2..insyaALLAH..:)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...
    terima kasih atas perhatiannya...

    ReplyDelete