Member2

12 February 2011

exercise tp makan...

CUBA BAYANGKAN!

Kita bangun awal pagi…lepas kamu solat subuh, kita kenakan pakaian nak pergi jogging… YUP! Kita memang sangat sungguh untuk menurunkan berat badan kita yang mungkin barangkali 100KG!!! 
okeyh...sebenarnya bila kita jogging...

bererti kita tgah buat aktiviti kardio. KARDIO niey salah satu bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila SESUATU PERBUATAN DIULANG BANYAK KALI DALAM TEMPOH TERTENTU...(intensity tertentu)

So???
x kira la kan asal senaman yg boleh buat jantung kita berdegup laju banding biasa, berpeluh dr biasa, something like jogging, berlari, futsal, skipping....sewaktu dengannya....SEMUA tu dikira aktiviti kardio...

tau x kardio noey boleyh buat ap??
Kardio yang dilakukan melebihi 20 minit (setiap satu sesi) sudah boleh membakar lemak, dengan syarat tiada pengambilan karbohidrat dibuat 4-5 jam sebelum senaman kardio tersebut dilakukan.

Secara praktikalnya....kita perlu berlari selama 20 minit tanpa henti.....utk make sure badan kita niey MULA menggunakan lemak sebagai sumber alternatif??? (betoolll,...ak pernah buat dan berkesan!)

Sumber alternatif?ap maksudnya?
setakat yg ak belajar dari subjek PRINCIPLE OF HUMAN NUTRITION sem lpas...badan kita niey akan gunakan tenaga mengikut ranking n kalau ayat yg betol dye... (The Hierarchy Scale of Energy), mengikut turutan:

1. MUSCLE GLYCOGEN – glycogen dalam otot, bersedia utk dipakai.
2. LIVER GLYCOGEN – ni sumber glycogen ‘kecemasan’, dipakai apabila ‘Muscle Glycogen’ menjadi rendah.
3. BBA (BLOOD BORNE AMINO ACIDS) – Branched Chain Amino Acids dari protein.
4. FAT – Ini yang kita nak buang.

Badan kita menggunakan sumber-sumber tenaga di atas mengikut turutan, mulai dari 1, sampai lah yang ke-4. Untuk 20 minit pertama, badan akan menggunakan sumber tenaga 1 sehingga 3. Selepas 20 minit, barulah badan mula menggunakan sumber yang ke-4, yakni lemak. Maka secara teorinya, kardio (seperti jogging) yang dilakukan melebihi 20 minit akan menggalakkan pembakaran lemak badan (dengan syarat tanpa mengambil sumber karbohidrat 4-5 jam sebelum kardio, kerana ini akan melambatkan lagi tempoh untuk badan menggunakan sumber yang ke-4).
 
apepon...sume niey depend jugak pada berat orang tu...berapa kerap dye buat senaman...n senaman ap yg dia buat.... common sense la kan...lari VS jalan... (Walking consumes about the same amount of energy per mile as running, but of course it takes longer to walk a mile than to run. In other words, running for a mile almost burns the same amount of calorie as walking for a mile.

okeyh!!!dapat tak pasal senaman...

TAPI CUBA ELAKKAN PERKARA NIEYHHH!

..abis je kitalari, jogging, skipping bagai... balik2 umah kita hentam Roti canai! tak pown nasik lemak! tak pown nasik kerabu! tak pown Nasik minyak! how come??? kita tau tau, elok2 lemak2 kat badan kita dah nak settle, tiba2 kita macam bg jalan pulak kat lemak laen utk melekat kat bawah kulit kita untuk jadi new adipose tissue!

kita tau x segala usaha keras kita tadi jadi sia2...

okeyh...then tiba time untuk lunch

kita kata kita nak diet! then kita x nak makan nasik! kita makan MAGGI!!! apa salah dengan NASIK? dye x bersalah ap2..


SEBAB???okeyh..sebenarnya, kalu kita nak berdiet..bukan bermaksud NO RICE! dan bukanlah bermaksud bihun sup time lunch, biskut gandum time dinner... kalau betol kita buat gini, maksudny mmg kita tak kesian langsung kat badan kita..badan kita perlukan nutrient yang cukup... ok! kalau betol kita amalkan konsep niey...mmg dapat turun badan dalam 20 kg camtu...tp end up, mungkin kita kena tahan kat wad..tau x sebab ap? sebab platlet kita turun... (erm...platlet entry laen ye...absorb je dulu ye...heee)

okeyh...kalau kita cuba ubah style makan...camne? kita cuba amalkan balik amik protein plus nasik... InsyaAllah badan kita akan lebeyh sihat dan bertenaga.. N berat pown menurun!

sebenarnya... NASIK x menggemukkan...kita kena makan jugak, tp makan dalam kuantiti yg patut la.. sebab dengan makan nasik la badan kita akan dapat sumber laen yang berganda khasiatnya macam sayur2, protein lain... cube fikir..kalu kita just makan mihun atau mee or maggi...boleh x kita dapat sume niey? hmmmmm

okeyh...balik lagi kepada kita? kita jangan putus asa k! kita BOLEYH! cuma kita kena berdisiplin... kalu kita lepas exercise, kita janganlah amik sumber yg tinggi lemakny, tinggi karbohidratnya... cukuplah hanya sekadarnya...

erm...apa lah yg aku bebel niey.... apepown yang penting utk jaga badan, ialah pak cik k..PAK CIK K???
yup...iaitu PAK CIK KALORI... ap tuh kalori... (next time, kalu ak rehat jap dr buat lab report... i'll try to explain a little bit about calory k!) InsyaAllah...


Nurul Ain Shohor

No comments:

Post a Comment