Member2

29 January 2012

Tak Ada Jalan Pintas ok!

How your day today? Aku tanya sambil senyum2…

Well… very good!

Really???

I climbed hills up and down up and down so many times.!

Wow!!! Really? Tak tau fasal apa aku excited sangat cakap dengan abah malam tu…

Seronok cakap omputeh ngan abah…sebab abah layan jerr…zzzzZZZzzz

“nantilah, abah nak bawak semua pergi panjat bukit larut”

“alright, abah. Yang tu akak sokong…JOM2!!!”

Hehe…. Excited lagi sebab aku memang tengah nak fix kan badan, nak tingkatkan stamina sebab x lama lagi nak pergi hiking gunung…..wow!

Erm…dalam aku tengah syok2 sendiri tu, abah bagi satu kata2…

Untuk berjaya, kena tempuh setiap halangan. Tak boleh guna jalan pintas. Macam kita merentas desa. Kena lari ikut trek yang telah ditetapkan. Dan pemenangnya bukan berdasarkan siapa yang sampai dulu. Tapi setiap yang sampai ke garisan penamat adalah pemenang. PEMENANG UNTUK DIRI SENDIRI!.

Susah senang kena tempuh. Sebab, THERE ARE NO SHORT-CUT TO SUCCESS…

Tu la sebabnya abah nak ajak kitorang pergi panjat bukit larut. Abah cakap nak panjat bukit larut tu kena rasa segala susah payah nak panjat tu. Tapi lepas dah sampai puncak, akan rasa satu perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata2…dan kegembiraan itu akan lebih terpateri bila dah sampai kat bawah balik. Waktu tu akan terasa kejayaan selepas melalui kesusahan yang teramat. Dan abah nak kami semua rasa perasaan tuh!

Begitulah dari abah. Macam tahu2 je yang aku memang tengah dahagakan kata2 semangat seorang ayah.

Terima kasih abah.




ヌルル アイン 

No comments:

Post a Comment