Member2

31 January 2012

sok sek pasal Pak Cik Benzoyl Peroxide

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pegasih

Syukur pada Allah sebab kasi aku peluang untuk menaip di sini... Alhamdulillah...

Sebelum tu, sama-sama lah kita semua ucap syukur pada Allah atas kesempatan yang DIA beri pada kita dalam dunia ini dan kita masih dapat buat rutin seharian... ALHAMDULILLAH....

Apa yang aku nak sampaikan ni mungkin dah terlewat barangkali. Sebenarnya aku cuma nak diam dan hanya nak respon secara individu. Tetapi bila tengok perkara ni makin luas terutama dalam lama sesawang, aku rasa macam nak tulis sesuatu pasal ni. Pasal APA YA? erm, pasal makanan kita semua.

Baru ni kan heboh pasal menda alah ni...!


Kali pertama aku tengok gambo ni, aku cuak jugak tapi tak percaya tapi macam nak marah pun ada. (haaaa..banyak tapinya pulak...hehe)... Marah sebab benda ni secara suka-suki disebar dalam internet. Terutamanya bila dah masuk facebook, of course memang ramai yang akan baca dan hanya mengambil masa yang sangat singkat.

Aku bukan tak percaya, cuma tak nak percaya. Sebab pensyarah aku dah pesan awal-awal, kalau ada nampak isu-isu makanan yang melibatkan halal haram dan kena pulak dengan JAKIM, jangan cepat percaya tapi selidik dulu. Kenyataannya, dalam situasi dalam industri makanan, terlalu banyak kes untuk jatuh-menjatuhkan, fitnah menfitnah. Biasalakan kalau dah ada yang tak berpuas hati. Selalunya, ada jugak media yang selalu main peranan dalam penyebaran pasal isu makanan TAPI sebenarnya depa pon tak tau hujung pangkal. At last, isu tu hilang macam tu je, dan masyarakat yang baca jugak tinggal bingung. HUhu... 

Dan kita sebagai pengguna, kita kena tau satu-satunya institusi yang mengeluarkan HALAL dalam produk makanan dalam Malaysia ni ialah JAKIM. Dan proses nak keluarkan sijil halal, sebenarnya sangat susah, perlu ada prosedur2 yang kena ikut dan  penguatkuasa jakim dalam setiap negeri selalu buat spot-check ataupun audit terhadap premis-premis makanan. Dan ikut akta makanan 1983 yang aku belajar,  boleh dikatakan rigid jugak. Pensyarah-pensyarah aku sendiri ada yang jadi pengutkuasa halal bagi negeri Terengganu. Dan kita, kalau tak mau percaya pada jakim, kita nak percaya siapa lagi? Habaq mai. 

Aku cakap macam ni, bukan sebab aku taqsub sangat tapi sebab aku yakin. Dan kalau boleh nak elakkan was-was. tau kan bila sesuatu tu dah jadi syubhah.

ok, sekrang ni, aku nak sentuh sikit pasal isu tepung ni. First, nak tanya, tepung warna apa? warna putih kan. ada tak tepung warna perang? Jawapannya, ada. Iaitu tepung yang sebelum diletakkan bahan peluntur iaitu bleaching agent. Mentality masyarakat Malaysia juga sebenarnya susah untuk terima tepung yang bukan warna putih. ok, kita kembali balik pasal bleaching agent ni. Selalunya bleaching agent yang digunakan untuk memutihkan tepung ialah BENZOYL PEROXIDE. Dalam Akta Makanan 1983, standard yang telah ditetapkan untuk tepung, boleh mengandugi asid askorbik, sulphur dioxide atau sulphites dan tidak lebih daripada 50mg/kg benzoyl peroxide sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. Dan kalau lebih, memang takkan boleh lepas masa proses odit. 

Lepas tu pulak, masa kes ni kecoh, ada yang suggest untuk guna tepung yang lain. Masalahnya sekarang, tepung yang lain warna apa ye? warna perang ea? JOM KITA FIKIR SAMA-SAMA k.

Untuk makluman, Benzoyl peroxide yang digunakan untuk bleachkan tepung ni adalah dalam bentuk gas, dan dia akan volatile atau dalam bahasa orang kampung aku, dia akan merewap. Menurut pensyarah aku, dia tak ada effect yang bahaya. 

oklah, stop pasal tepung. Anyway, aku nak sentuh sikit pasal susu. Aku pernah tanya pensyarah aku pasal susu sebab ada yang tanya aku dan pernah bagitau kat aku yang susu dalam Malaysia tidak halal melainkan ada satu jenama tu. Pensyarah aku jawab simple jer. Susu dalam Malaysia diimport dari kilang yang sama iaitu dari New Zealand. 

Post ni semata untuk berkongsi apa yang aku belajar dan aku adalah orang yang tengah belajar. Wallahualam.


p/s: terima kasih pada blog hyzcreative sbb share benda yang berguna pasal isu ni.






ヌルル アイン




1 comment:

  1. Fabulous, what a weblog it is! This webpage gives valuable facts to us,
    keep it up.

    Look into my webpage :: dealer showrooms after days

    ReplyDelete