Member2

01 February 2012

FYP part 1

Alhamdulillah....syukur pada Allah atas segala nikmat dan kurniaanNYA... 

Sekarang, budak2 kos aku tengah pusing kepala memikirkan projek akhir tahun (Final Year Project) yang kami akan jumpa bukak sem depan. InsyaAllah. 

Kos aku ( Bachelor Hons of Food Science in Food Technology). Universiti Malaysia Terengganu. 4 tahun. Dan sekarang aku dah tahun 3. InsyaAllah 18 Februari 2012, 
i'm officially 3rd year 2nd of foodtech student.

Sem depan kami bakal jumpa subjek FYP dua jam kredit dan sem 7 nanti baru buat thesis sepenuhnya dan sem lapan nanti iaitu sem akhir, kami akan praktikal. THEN, grad! InsyaAllah.

Memandangkan, pensyarah dah ambil aku untuk buat projek bawah beliau (alhamdulillah)... cuti ni memang aku dah kena buat sedikit persediaan untuk menghadapi sem depan. 

Tapi yang paling bermakna buat aku adalah nasihat-nasihat daripada insan benama abah untuk aku menghadapi projek tersebut pada sem depan. Abah aku dah ada pengalaman dan aku sangat bersyukur. Terima kasih, abah.

Hari pertama aku bagitau kat abah, respon abah happy sekali. Abah excited sangat. Terus abah ambik thesis yang abah buat dulu dan tunjuk padaku. 

Dan tadi, abah panggil aku. Sekali lagi abah bagi nasihat.

Abah cakap.....

1. Masa dah mula puat projek nanti, jangan stop2, sebab takut nanti blur .

2. Pastikan masa jumpa dengan pensyarah nanti, mesti bawak bahan baru, jangan sesekali bawak tangan kosong.

3. Komitmen penting. kena selalu update dengan pensyarah. Jangan hilangkan kepercayaan pensyarah.

4. Jangan fikir nama anak apa. Tapi fikir macammana nak lahirkan anak. Mula-mula aku blur jugak. Tak paham, Then abah terangkan. Menurut abah, kata2 ni, pensyarah abah yang bagi dulu. Abah cakap, masa nak buat projek ni, jangan terlalu pening dan sibuk untuk cari tajuk tapi fikir apa isi kandungan, objektif projek yang nak dibuat tu.

ERM...ni lah pesan abah. Terima kasih, abah.... :)

abah cakap: i'm believe with you...



ヌルル アイン 

No comments:

Post a Comment