Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.
(Sambil menghayati dan merasakan KEBESARAN ALLAH)
Sedikit tazkirah :
- Orang perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya. Jika tidak boleh solat, dapat dengar khutbah.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)

- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)
- Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )
- Jika telah menunaikan solat hari raya, dibenarkan TIDAK SOLAT JUMAAT. Jika tidak solat jumaat, wajib solat zuhur.
Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom ra. ia berkata : Nabi saw. telah solat hari raya, kemudian beliau memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat jumaat, kemudian beliau bersabda : Sesiapa yang mahu solat jumaat, maka kerjakanlah. ( H.R : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi )
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahwasanya Nabi saw. bersabda, telah bertemu dua hari raya ( hari jumaat dan hari raya ), sesiapa yang hendak solat jummat, maka solatnya diberi pahala. ( H.R : Abu Daud )
Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.
(Sambil menghayati dan merasakan KEBESARAN ALLAH)
Salam aidil adha dari nurul ain shohor dan sekeluarga
No comments:
Post a Comment