Member2

21 November 2009

insan istimewa


abah dan emak



Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang ibu dan ayah yang sentiasa menyokong apa yang anak buat. Setiap yang dinilai baik, mereka akan membri sokongan seratus peratus,..tapi jika dinilai itu tidak baik, mereka mempunyai cara yang tersendiri supaya anak2 mereka berfikir…
Dua Insan yang tak pernah kenal erti letih, tabah  Berjaya mendidik diriku menjadi sorang manusia. Dari kecil diberi dan disuntik nur kasih yang tak ternilai.
Ajaran yang membuat anak-anak  kenal tudung di waktu usia kecil membuatkan anak-anak  terjaga sekarang…  didikan mereka kepada anak-anak kepada ayat suci Al-Quran membuahkan hasil… keikhlasan mereka mendidik anak-anak yang nakal sangat perit… along dengan nakal along, angah dengan sikap dia sendiri, kakak dengan perangainy sendiri, smpai la ke bongsu…
Sebagai anak tak ada lain yang mampu kuutus selain doa…doa supaya mak dan abah bahagia di dunia dan akhirat.. moga mak abah dapat jumpa sekali lagi di syurga abadi… akak tahu mak abah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran di sepanjang tempoh rumah tangga, kesusahan dalam mendidik anak-anak, memang tak dapat dibayangkan…
Sebagai seorng ayah, abah memainkan peranan yang sangat baik. Didikan nya yang garang mengikut keadaan membuat ana-anak patuh padanya. Kelakarnya mewarnai didikannya..membuatkan anka-anak tak takut untuk mendekati insan bernama ayah.. fikiran yang bernas sentiasa diluahkan kepada anak-anak membuat kami semua tak pernah mengenepikan abah untuk membuat keputusan…
Ibu…..emak sangat dekat di hatiku… sebagai anak perempuan sulung memang dididik dengan betul supaya dapat beri contoh pada adik-adik perempuanku yang lain.. tak hairanlah emak tegas dengan aku di waktu kecil..tapi ketegasan emak disulami dengan kasih saying yang manis… sentiasa membuat aku berfikir atas apa yang aku lakukan… naluri ibu yang dekat di hati anak-anak membuatkan emak tempat anak-anak meluahkan perasaan…emak sangat hebat bagiku..tak ada kata-kata yang mampu aku hadiahkan pada emak…segala ketabahan emak membuatkan air mata menitis…moga setiap butir air mata yang jatuh dibayar dengan pahala dan pahala itu diberi pada emak… emak, akak sayang mak…
EMAK, ABAH….maafkan diriku…doakan diriku…


No comments:

Post a Comment