Member2

23 November 2009

RED CLIFF





salam tarbiyah sekencang dakwah...

Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk menulis lagi pada pagi yang hening ni....

Terasa kagum dan seronok..tetapi yang penting ia membuat saya berfikir, ada lagi ke pemuda-pemudi era ini yang masih berfikir out of the box...yang menggunakan literal thinking sebagai wasilah kita untuk...

Selain itu, IA juga menyedarkan saya hebatnya kuasa alam yang diatur oleh AL-KHALIK...
Subhanallah...

Sebenarnya banyak yang dapat disingkap selepas tonton "RED CLIFF I AND II"

movie ni menggambarkan halus dan seninya cara berperang dan merancang strategi kemenangan pada zaman purbakala China dahulu..THE ART OF WAR

Cukuplah saya berkongsi beberapa adegan untuk membuat kita berfikir sejenak...

Pertamanya, tindakan Raja Liu Bei yang keluar dari pakatan kebaikan... tindakan ni sebenarny berada di bawah perancangan Panglima Zhou Yu untuk menimbulkan reaksi over-confident musuh...mereka menyangka mereka telah menang sebelum bertempur..



Namun sebenrny inilah yang dikatakan perang psikologi... Adegan Raja Liu Bei keluar daripada pakatan kerana bimbang ramai tentera akan terkena jangkitan yang dihantar oleh pihak musuh..Ramai yang menyngka tentera Zhou Yu (pakatan kebaikan) akan mengalami kesulitan keran kekurangan tentera sedangkan tentera Cao Cao mencecah 80 000 orang....masih ingat lagi perang pertama dalam Islam???

Kedua, memaparkan bagaimana Zhu Liang yang bertindak sebagai genius perang yang mendapat idea bagi memperolehi 100 000 panah dan Panglima Zhou yu pula menyinkirkan dua panalima kanan perdana menteri Cao cao .... Zhu Liang yang mempunyai ilmu peralihan cuaca, angin dan kabus telah membawa 20 buah kapal tanpa tentera, lengkap dengan jerami untuk pergi menghampiri pangkalan kapal-kapal perang Cao Cao. Zhu Liang sengaja mengatur untuk bertolak ketika kabus tebal datang melanda pangkalan musuh. Kesannya, dua panglima Cao Cao memberi arahan kepada tentera mereka untuk memanah dari jauh kerana kabus tebal menyebabkan mereka bimbang kehadiran 20 buah kapal mungkin bertujuan sebagai perangkap. Akhirnya Zhu Liang mendapat 100000 panahdengan mudah dan percuma tidak sampai 3 hari sepertomana dijanjikan pada Zhou Yu...


Sementara itu, Cao cao yang terasa dimalukan dengan kehilanhan 100000 panah telah memenggal kepala dua panglima kanannya..tetapi di saat mereka dipenggal, dia segera sedar bahawa ia telah dimakan tipu daya Panglima Zhou Yu..


Selain tu, Panglima Zhou Yu juga mempunyai kemahiran dalam meniru tulisan..dia mencipta sendiri surat palsu kononya dua panglima perang Cao cao mempunyai perancangan untuk membunuh Cao Cao...

Itulah propoganda dalam perang kerana sesungguhnya perang itu adalah tipu helah sebagaimana saranan strategik Rasulullah s.a.w. kepada Nuaim bin Mas'ud untuk memecahbelahkan pakatan Ahzab dari dalam.


Kemenangan 200 000 tentera Red Cliff ke atas 800 000 tentera Cao Cao disebabkan berjayanya mereka dalam penguasaan secara mendalam keadaan geografi, perubahan cuaca, arah pusingan angin, pergerakan matahari, pergerakan awan, kabus dan sebagainya...

Apa yang membuatkan saya terfikir selepas melihat movie ni, sebenarny kemenangan Islam itu tidak hadir dengan mengharap 100% pertolongan Allah tanpa usaha dari diri sendiri... Apa yang sama pentingnya juga adalah wujudnya pemikir-pemikir strategik dan tenaga pakar bidang-bidang yang boleh MENUMBANGKAN MUSUH !!

Moga perkongsian yang sedikit ini dapat membuka mata kita semua untuk belajar sentiasa berfikir 'out of the box'.... Sebagai da'ei kita perlulah meletakkan diri kita d alam hidup madu' ketika dalam berdakwah...renung2kanlah..

Janganlah kita gusar atau bimbang dalam pekerjaan nabi ini...
Sahabatku, yakinlah dengan kata-kata Allah dalam surah Muhammad ayat 7...


Sekian, wallahua'lam



SHIFA'UL_Q0LB



No comments:

Post a Comment