Member2

21 November 2009

TERFIKIRKAH KITA...


“Lukiskan sesuatu yang menggambarkan diri kamu…” arahan yang selalu diberi kepada peserta dalam program orintasi. Begitu juga dengan diriku…mengimbau kenangan semasa menjadi fasilitator di Kolej matrikulasi Pulau Pinang…mesti adik2adik LDK aku pusing kepala nak lukis apa… baru-baru ni aku kena lukis sesuatu untuk gambarkan diriku..masa tu aku terasa sangat kerdilnya diriku… patutnya aku dah tahu apa yang gambarkan diriku…aku tak nak tipu diri waktu tu…
Aku pilih untuk ambil mata sebagai diriku…tak tahu kenapa…
“saya pilih mata sebab begitu rapat dengan saya. Nama saya ain. Saya harap saya dapat jadi mata yang menyumbang kepada islam. Sebagai seorang yang seorang memerhati n ‘observant’ saya  suka melihat dan seterusnya menilai dari sudut pandangan mata hati saya sendiri. Kemudian, jika ia baik, saya akan cuba serap untuk pelajarinya,  dan jika ia tidak elok, saya akan cuba jadikannya sempadan…” begitulah jawapanku…tak tahu dari mana datangnya ilham tu.. tapi yang pasti dari Allah..
Teringat “tautan hati” hasil Fatimah Syarha…
Pemilihan pohon semalu…
Kenapa pohon semalu??????

Cuba kita bawa minda kita sejenak di padang bola. Susah nak nampak pohon semalu kat situ.. pohon semalu kan pemalu, jadi ia tak kan hidup lama di tempat banyak lelaki tu. Ia akan cari pinggir yang tersembunyi dan jarang-jarang dipijak orang untuk tumbuh subur. Tak menyusahkan orang. InsyaAllah…
Ada soalan untuk pohon semalu..”kenapa pohon semalu sering dibuang orang? Contonya di taman, bila kita nampak ada pohon semalu tumbuh, cepat-cepat kita bersihkan daripada taman tu…”
“apa nak dihairan jika sesuatu itu kelihatan terbuang? Lihat Rasulullah s.a.w., kerana Islam Baginda terbuang dan dimusuhi… namun, andai ada seorang manusia yang membuang Baginda, berpuluh-puluh yang menyayanginya. Kenapa? Kerana Baginda dibela Allah, tak pernah terbuang pada pandanganNya, tetap istimewa di hati pencinta Allah dan RasulNya. Pandangan Allah paling utama bukan pandangan manusia.
Iktibarnya, biarlah semua orang membuang kita, asalkan kita tetap Berjaya memenangi pandangan Allah Azza Wajalla. Kita hidup pada akhir zaman, islam kembali dagang seperti zaman Rasulullah mula-mula nak bawa Islam. Oleh itu, tak hairanlah jika kebenaran sering Nampak terbuang dan terasing. Islam dagang buat kali kedua. Rasulullah dah pernah lalui buat kali pertama.
Pohon semalu, memang pemalu! Sifat malu, lambing keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah. Hakikatnya, malu bukan hanya untuk wanita tetapi untuk lelaki juga. Bukankah Rasulullah pemalu ornagnya?
Daripada Sa’id Al-Khudri katanya:
‘Baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat pemalu lebih dari seorang dara dara kelubungnya dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai Baginda, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu daripada wajah Baginda.

Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan,
Sabda Rasulullah s.a.w.:
‘malu dan iman adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi.’
Dalam hadis lain Baginda bersabda,
‘Sesungguhnya bagi tiap-tiap agama itu ada ciri-ciri kesusilaan maka untuk Islam ialah sifat malu’
Tapi macam mana pulak dengan persoalan jangan malu bertanya dalam kelas?
‘perlu difahami bahawa kita tidak perlu malu dalam menuntut ilmu dan menegakkan kebenaran Allah. Malu yang saya maksudkan adalah malu bertempat. Malu untuk menjadi wanita yang rosak akhlaknya iaitu yang hanya pandai menggoda lelaki yang bukan mahramnya. Selain itu, malu untuk melakukan maksiat. Pendek kata, malu pada Allah dan Rasul untuk mengingkari perintahNya dan melakukan laranganNya.
Bagi si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah.
Pohon semalu juga mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah juga wawasan seorang mujahidah, dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yang cantik menawan.
Selain itu, dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindak balas daun-daun itu melambangkan persaudaraan dan kasih saying. Begitulah seorang mujahidah, dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah dan Rasulnya.
Indahnya jika dapat membawa seseorang rasa bahagia dengan cara hidup Islam yang sebenar. Kerja ini sepatutnya terpikul pada semua orang yang mengaku beriman. Moga Allah sudi memilih kita semua untuk memikul tugas berat ini. Saya akhiri dengan serangkap hadis Rasulullah s.a.w. yang cukup indah,
“ Malu itu baik semuanya”
   
SAMBUNGAN.....



No comments:

Post a Comment