Member2

25 June 2010

Wanita dan Sifat Pemalu


"Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki..."
 
Macam kita selalu dengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita.Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Kalau kita perhatikan,wanita selalu menjadi sasaran usikan lelaki, even di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, diperhentian bas dan  boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.


Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith riwayat Bauhaqi).
Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi,apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Menurut ceramah yang saya dengar dari Ustaz Kazim, golongan ini tidak akan memikirkan semua itu.Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan
mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.


Abah pernah cakap pada saya : barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan idak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.

Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat dimana2 sahaja.melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mata kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang...wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan,berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita.

Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan...dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat.

Daripada penaja: Entry ini adalah khas ditujukan pada diri saya sendiri dan dalam masa yang sama saya berharap, hati-hati yang membaca turut mengambil iktibar. Kalau diikutkan, saya bukanlah layak untuk berbicara mengenai malu seorang wanita ini, diri saya sendiri tak berapa betol, banyak kelemahan yang nyata... Jauh di sudut hati, saya sangat berharap supaya perkataan 
M A L U itu mampu menjaga dan memelihara saya.


"Sampaikanlah, walau hanya satu ayat," demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya."




wallahualam

syifaaulQ0lb

5 comments:

  1. ain, such a great entry!!!

    *thumbs up* ;))

    ReplyDelete
  2. salam,,betul.
    malu sbhgian dri iman =)

    ReplyDelete
  3. pndpt saya, malu ni kne brtmpat. saya jadikan dri sndri sbg cth. dlm bljar n bgrk krja, saya mmg tolak jauh ckit rse malu. sbb kalo malu nk bncang n btnye, msti kite sndri yg susah. tp bknlah bmksud terlalu tolak jauh smpai dh xde prasaan lgsg. wallahua'lam..

    ReplyDelete
  4. yup sahabatku....apa yg bam ckp itu betol...win sendiri aplikasi kan itu dalam diri win...

    ReplyDelete