Alhamdulillah, entry yang tergantung selama sebulan ini berjaya di post..huk3... Cuti sem lepas banyak mengajar aku banyak perkara. Daripada sekecil-kecil perkara hinggalah perkara yang serius…
Maksud dengan namanya iaitu “sebaek-baek wanita” membuatkan diri si hamba itu kembali kuat. Kembali kuat untuk mengekalkan identity diri. Jiwa si hamba itu makin lesu kerana dirinya sendiri. si Hamba merenung dirinya sendiri apa yang sudah berlaku dengan jiwanya… ya,,.. rupa-rupanya Si Hamba itu makin jauh… makin jauh dari PenciptaNya,… Si Hamba sangat bersyukur kepada Sang Pencipta keran telah mengaturkan pertemuan antara Si Hamba dan juga insan yang bermaksud “sebaek-baek wanita” itu…
Pertemuan itu dilanjutkan kembali pada sebelah malam dengan izin Allah. Sungguh indah aturanNya… Subhanallah… pertemuan itu digunakan sebaeknya dengan pertanyaan dari lubuk hati… Pertanyaan dari insane yang sangat kerdil lagi hina…
“Bagaimana kamu boleh begini?”
“Apa perasaan kamu setelah begini?”
Si Hamba dan insan it uterus berkongsi cerita. Mereka berdua melalui situasi yang sama tapi pada waktu yang berlainan. Bukan mudah untuk menekadkan diri untuk pakai itu. Bukan mudah menguatkan diri untuk menjadi asing. Tapi Si Hamba itu pilu kerana dya sedar bahasa perasaan manis yang dya miliki itu makin lama makin kurang dek dosanya sendiri. Pada malam itu, adalah malam yang sangat memilukan dan mengharukan buat Si Hamba. Pilu kerana kealpaanya sendiri, terharu kerana Sang Pencipta masih mahu menyelamatkannya… Perpisahan Si Hamba dan insan yang bermaksud “sebaek-baek wanita” itu diakhiri dengan perkataan yang terus tersemat di hati Si Hamba iaitu: HIDAYAH
**** Tamat kisah Si Hamba****
Apa yang aku ingin ketengahkan dari kisah ini adalah HIDAYAH.(bukan org yang benama hidayah ye...)
Apa yang boleh aku gambarkan pasal hidayah ini, ibarat mata kita yang boleh melihat, tapi bila tak ada cahaya, semestinya benda yang berada di sekeliling kita tidak akan jelas. Begitu juga sebaliknya, walaupun cahaya yang berada di sekeliling kita terang-benderang, tapi bila mata kita buta, segalanya tidak akan kelihatan. (kalau tak faham...buat2 faham k!)Hanya di tangan Allah untuk mengurniakan hidayah dan petunjukNya… ???... Allah saja yang boleh ubah manusia…dari kekufuran kepada keimanan, dari kemaksiatan kepada ketakwaan, dari kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada kebenaran dan lain2…semua tu hanya dari Allah…
Allah ada cakap dalam Al-Quran: Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman. (Surah al-An’am, ayat 125)
Macam yang tertulis pasal mata kat atas, bahasa yang jelasnya lebih kurang macam ni lah…
orang yang mendapat hidayah Ilahi akan segera merasa lega dan lapang, sebaliknnya orang yang tertutup pintu hatinya dari menerima hidayah Allah itu akan merasa cemas dan buntu sebagai balasan kerana derhaka pada Allah…
pernah dengar takk ada orang cakap… “TUNGGULAH AKU SAMPAI SERU DULU”
cuba kalau aku ubah ayat dia…”TUNGGULAH HIDAYAH ALLAH SAMPAI KAT AKU”
research aku....
Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Berdasarkan definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa hidayah mempunyai pelbagai dimensi tafsiran, di antaranya hidayah Islam, hidayah al-Quran, hidayah Nabi dan para sahabatnya, hidayah kebenaran, hidayah jalan yang lurus dan sebagainya. Biar apa pun tafsiran dari sudut klasifikasi hidayah, namun pengertiannya yang beraneka itu tetap membawa maksud yang sama iaitu hidayah petunjuk ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan abadi. Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada Allah ke arah jalan yang benar. Lebih-lebih lagi perjalanan hidup yang penuh berliku semestinya ditempuhi oleh setiap insan menuntut sedikit sebanyak ketabahan, kesabaran dan pertolongan Ilahi agar dia berjaya dalam hidupnya. Oleh sebab itulah, Islam mensyariatkan amalan berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah kepada setiap Muslim yang beriman kepada-Nya.
Perlu diinsafi bahawa hidayah petunjuk yang dianugerahkan Allah kepada seseorang manusia sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan kepada keadaan lahiriah semata-mata. Sebaliknya, ia amat bergantung kepada keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubari seseorang manusia. Dalam erti kata lain, Allah hanya mengurniakan hidayah-Nya kepada hamba-hamba yang benar-benar beriman dan bertakwa sahaja. Firman Allah yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu; dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Surah Yunus, ayat 57)
syifaaulQ0lb
No comments:
Post a Comment