Member2

21 August 2010

SEBELUM TIDO

Jam menunjukkan 1.24 am... erm, waktu tido...
InsyaAllah, esok semua umat islam akan berpuasa untuk hari yang 12...
Alhamdulillah...sapa yang tak niat lagi harapnya dapat niat puasa ye....Selamat Berpuasa ye...

Memandangkan sekarang waktu tidur, apa kata kita cuba renungkan sesuatu...


( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

 

Jom same2 kita amalkan ye....macam kecik2 dulu kita selalu kena pesan "JANGAN LUPA BASUH KAKI TU"...kan3....so, sekarang kita dah besar n boleh berfikir...tak salah untuk kita tingkatkan amalan... 


Saya pernah pergi satu ceramah ustaz niey... (terlupa plak nama ustaz tu)... ap yang saya still ingat, beliau ade pesan... beramal lah dengan satu amalan untuk kekuatan diri kita sendiri walaupun amalan yang kita buat tu hanya SEKECIK KUMAN!!!


COnT0H:
i) apa kata kalau kita sedekahkan kat tabung surau or masjid setiap hari even SERINGGIT SEKUPANG...kalu sepuluh hari tak jadi seringgit???korang jgn lupa sedekah tu,,,pahala sedekah tu tinggi...tp yang penting ikhlas la ye


ii) baca surah AL-IKHLAS tiga kali @ lima kali @ sepuluh kali SETIAP HARI.... mudah je kan...tp yg susahnya nak istiqomah tu...huhu...kdg2 terfikir nipisnya iman kita...


iii) latih diri untuk bersangka baik ke....(susah niey....saya pernah try...huh!!! tolonglah aku Ya Allah)


iv) ap2 yang korang rasa korang mampu buat n bende tu baek...insyaAllah, setiap bende yang lahir dari hati yang ikhlas disulami niat kerana YANG MAHA ESA,...sentiasa didengariNYA, sentiasa dilihatNYA dan DIA sentiasa mengetahui...


Wallhualam...


syifaaulQ0lb

No comments:

Post a Comment