Member2

30 August 2010

saat aku kau pilih III


WIN terjumpa seorang adam dalam persimpangan hidupnya. WIN dah cuba untuk mengelak. Pada suatu malam yang dingin, WIN jumpa PENCIPTAnya…WIN nangis2…WIN minta penciptanya itu beri petunjuk… WIN jumpe hari-hari…
Pada suatu hari, adam itu menyatakan hasratnya pada WIN…
Pada saat ini, WIN sangat berharap agar fitrah yang diciptakan itu tidak menjadi fitnah untuk diri WIN dan adam itu. WIN tak mahu menjadi pelemah kepada adam itu.
WIN hanya mampu berdoa pada PENCIPTA, jika benar adam itu milik WIN, permudahkanlah pertemuan WIN dan adam itu dengan ikatan perkahwinan…
WIN pernah ckp pada aku, dia memang sentiasa doakan adam itu dalam doanya, tup tup PENCIPTA aturkan. WIN bingung samada ini adalah pemberian pencipta atau ujian pencipta.
Dan pada saat ini, WIN terima adam itu dengan seadanya dari jauh dengan harapan adam itu terus kuat dalam meniti kesabaran…
Dari WIN untuk adam itu: moga kita sama2 kuat dalam melayari kehidupan ini… moga masjid yang bakal kita dirikan itu bukanlah hasil maksiat, tapi biarlah hasil jihad antara dua hati…  dua hati yang mendapat keredhaan Allah,..dua hati yang mendapat restu keluarga…moga kamu kuat ye…insyaAllah, doa sentiasa mengiringi kamu…

Dari penaja: win….moga win kuat ye…InsyaAllah…entry SAAT AKU KAU PILIH ini mmg khas utk WIN…hehe…

No comments:

Post a Comment