Member2

26 April 2010

Hibiscus sabdariffa L????


Salam. Esok, tanggal 27hb sy akan membuat eksperimen sebagai aplikasi daripada title di jaketku, yang tertulis.. “food technologist’’..eksperimen apa??? Erm…kalau abah dah mulakan dengan jus roselle, let see me do HALWA ROSELLE…heee…tak sabarnya…

Sebenanya roselle tu ap ye kawan-kawan??

Fakta ringkas roselle

● Nama saintifik: Hibiscus sabdariffa L.

● Jolokan : SekuntumRoselle Sejuta Khasiat
● Khasiat: Kaliks buah mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda berbanding blackcurrant, sembilan kali ganda berbanding citrus dan tiga kali ganda berbanding anggur.
● Mengandungi vitamin lain seperti A dan D, B1, B2 dan B2 kompleks serta zat mineral seperti kalsium dan fosforus.
● Boleh dimanfaatkan dalam industri makanan dan minuman dengan penghasilan halwa, acar dan kordial dan jus selain industri kosmetik, barangan mandian dan wangian, farmaseutikal dan industri biomas seperti ternakan, gentian dan kertas.
●Sehingga kini terdapat 14 buah syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) di beberapa negeri yang berkecimpung menghasilkan produk proses daripada roselle
● Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggerakkan Majlis Industri Roselle Malaysia, (MIR) dipengerusikan Ketua Pengarah, Jabatan Pertanian bagi melaksanakan Pelan Strategik Industri Roselle Negara pada 2002.
● Ia disertai oleh pengeluar, pengilang, pemasar dan penyelidik berkaitan roselle terdiri daripada 10 buah universiti agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti SIRIM Berhad, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Agensi Nuklear Malaysia,Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan profesional daripada MOA Inc.
● Tanaman roselle adalah antara yang tersenarai dalam kumpulan produk baru dan industri masa hadapan dan diterima untuk dibangunkan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).
●Malaysia memiliki roselle yang terbaik di dunia.
● Satu dunia sudah mengetahui pokok roselle tetapi dikenali dengan pelbagai nama iaitu karkade di Afrika, hibiscus atau roselle (Eropah) dan florida cranberry di Amerika Syarikat.

HASILAN ROSELLE

1. Ekstrak roselle dan khasiatnya
Ekstrak roselle diperoleh dengan melakukan proses pengekstrakan terhadap salut bunga segar atau salut bunga kering yang direndam di dalam air panas pada suhu >60°C selama 30 minit hingga semalaman dan seterusnya ekstrak ini bewarna merah gelap yang amat masam diperoleh melalui proses penurasan. Daripada ekstrak ini berbagai-bagai hasilan roselle dapat dikeluarkan. Ekstrak roselle juga boleh dijadikan serbuk melalui proses pengeringan sembur. Ekstrak roselle didapati kaya dengan pigmen anthosianin, asid askorbik dan asid buah yang lain. Hasil analisis mendapati kandungan pewarna anthosianin sebanyak 1.48 g/100 g salut bunga kering. Sementara itu sirap roselle mempunyai kandungan vitamin yang agak tinggi iaitu 200 mg/100 ml.

2. Minuman roselle
Minuman jus atau kordial roselle boleh disediakan dengan mencampurkan ekstrak roselle dengan gula dan bahan tambah yang lain seperti bahan awet. Campuran ini dibancuh menggunakan mesin pembancuh.

3. Halwa roselle
Salut bunga roselle hasil penurasan ekstraknya, dimasak dalam larutan gula sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Seterusnya salut bunga dikeringkan, maka terhasillah halwa roselle.

4. Serbuk roselle
Serbuk roselle atau teh berperisa roselle boleh dihasilkan daripada salut bunga segar yang dikeringkan pada suhu 65–80°C selama 6–8 jam atau sehingga kandungan lembapan 2%. Seterusnya salut bunga yang telah kering dikisar, ditambah bahan anti ketul dan dibungkus. Untuk teh berperisa roselle, salut bunga kering yang telah dikisar dan ditambah bahan anti ketul dicampur bersama daun teh sebelum dibungkus.

5. Jem dan jeli roselle
Salut bunga segar atau salut bunga terpakai selepas proses pengekstrakan, dikisar dan hasilnya disebut pulpa (pulp). Untuk membuat jem roselle, pulpa ini dimasak bersama gula, pektin dan air sehingga mencapai kepekatan 65 °Brix. Jeli roselle juga diproses dengan kaedah yang sama tetapi menggunakan ekstraknya

 mak di kebun roselle

jus roselle abah

syifaaulQ0lb


2 comments:

  1. hampas roselle selepas diekstrak tu boleh guna untuk buat jem kan. masih ada kandungan pektin tak dalam hampas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..boleh....... apa yg sy belajar di sini pon, boleh.. :)

      Delete