Member2

31 July 2011

Ramuan Ramadhan

Alhamdulillah.....abis solat terawih pada malam pertamaa Ramadhan niey... Mungkin inilah hikmah disebalik kenapa aku x diizinkan Allah ke Klang.... N banyak lagi hikmah yang aku nampak. Allahuakbar!

Tahun niey, aku dapat menjalani Ramadhan bersama keluarga tersayang.... Thats mean, dapat sediakan makan sahur, dapat tolong mak masak untuk juadah bukak posa....weee~~~~ best nyer

Sebagai sedikit pembuka selera untuk Ramadhan, aku ada sedikit ramuan...erm, niey aku amik dari buku SINERGI...so have fun la ye...heee~~~ aku x pandai nak bg nasihat or berkata2, jadi cukuplah untuk aku share apa yang aku ada...bukan untuk sape pon, untuk kita gak kan...kui3...



*****


Ramadhan ibarat tempat rehat di tengah-tengah perjalanan yang panjang. Kehidupan ini satu perjalanan yang panjang. Kehidupan ini satu perjalanan dan Ramadhan adalah tempat rehatnya. Di dalam Ramadhan, kita disediakan pelbagai peluang untuk menagmbil bekalan rohani. Lebih penting, bagi sesiapa yang berusaha memenuhkan rohaninya dengan bersungguh, maka dia akan mendapat bekalan terhebat semasa hendak berangkat meneruskan perjalanan.

Bekalan terhebat itu adalah takwa.

Kewujudan Ramadhan yang sebulan lamanya, adalah pengisytiharan kepada kepentingan takwa. Allah mengarahkan hemba-hambaNya agar melalui Ramadhan dengan baik untuk menggapai ketakwaan ini. Ibadah Ramadhan bukan hanya seminggu tapi sebulan. Ibadah terpanjang dalam Islam.

“Kenapa takwa ini diangkat sedemikian penting?”Sehingga Allah SWT menyediakan satu bulan khas untuk menggapainya?”

Kerana dengan kewujudan takwalah yang membantu kelangsungan ketaatan hamba kepada Allah SWT. 
Dengan kewujudan takwa, barulah manusia boleh hidup menjnjung perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah.

“Dan berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.” 
(Al-Baqarah:97)

Kesimpulannya, iman adalah kunci ketaatan kepada Allah SWT.

“apakah kau pernah berjalan di satu tempat penuh duri, wahai Umar?”
Sayidina Umar menjawab, pernah. Ka’ab bin Malik bertanya lagi: “apakah yamg kau lakukan?”
“aku sinsing kainku agar tidak tercarik pada duri, kemudian aku berjalan berhati-hati agar tidak terpijak dengan mana-mana duri itu.”
“ketahuilah Umar, bahawa itulah sebenarnya takwa.”

Takwa adalah rasa berhati-hati dan takut untuk ingkar pada apa sahaja larangan Allah SWT. Duri-duri itu ibarat larangan Allah. Takwa ibarat perbuatan berhati-hati dan menyinsing kain kerana takut terpijak dan tercarik duri.

Sebab itu, Ramadhan ibarat bulan untuk kita mengisi semula ketakwaan kita. Hanya dengan takwa, barulah kita boleh menjalani kehidupan dengan baik.menjalankan apa yang Allah suruh dan
 meninggalkan apa yang Allah larang.

Sebab itu kalau kita sedar, Allah bayak ingatkn kita

"Wahai orang-orang yang beriman!
                      Bertaqwalah kamu kepada ALLAHdengan 
sebenar-benar taqwa kepadaNYA;
dan jangan sekali-kali kamu matimelainkan dalam keadaan beragama
 Islam.Dan berpegang teguhlah 
kamu semuanyakepada tali ALLAH
 (agama Islam) dan janganlah
 kamu bercerai-berai..." ( 3:102 ~ 3:103 ) 


Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.
(Al-Hajj:1)

Seruan-seruan ini hanya boleh disahut oleh mereka yang mempunyai ketakwaan yang sebenar di dalam hati.

Ada sebuah cerita, seorang hamba dengan Umar al-Khattab, suatu hari, Umar l-Khattab bertemu dengan si penggembalanya. Rupanya, si penggembala kambing yang banyak adalah seorang budak.

Maka Sayidina Umar menguji budak itu.
“wahai budakm berikanlah aku seekor kambing.”
”tidak boleh”
“berikanlah, wahai budak. Dan kalau tuan mu perasan, katakanlah kepadanya bahawa
 kambing itu dimakan serigala.
“tidak boleh. Aku takut.”
‘buat apa yang kau hendak takut? Umar al-Khattab tiada di sini untuk melihatmu.”
“tetapi Tuhan kepada Umar sentiasa melihatku.”
Dan ketika itu, Umar al-Khattab tunduk lalu menangis. Sungguh tinggi ketakwaan budak penggembala kambing itu.

Bayangkan bagaimana kalau ketakwwan ini tertanam kemas dalam kehidupan umat Islam……… 

bagaimana agaknya?

Tentu tidak ada korupsi, tak ada songlap duit, tak ada gaduh-gaduh,
 tak ada kecurian.
Masyarakat akan jadi baik, solat tak ditangguh, kita tidak berbohong.

Kita mnusia. Ada dosa. Jadi pendosa tu, tak ada takwalah ya?

Semua manusia membuat dosa. Tapi orang yang bertakwa apabila berbuat salah, dia cepat-cepat bertaubat. Kalau ada buat silap dengan kawan, dia cepat-cepat minta maaf.  Itulah penangan takwa. 


*****
Kalau rasa isinya best, jgn ucap terima kasih kat aku, tp ucap pada Allah sebab kasi ilham pada Hilal Asyraf (penulis buku Sinergi) yang sangat best!

4 comments: