Member2

17 June 2011

KENA RASUK

Alhamdulillah, DIA bg aku nikmat sihat hari ni n banyak lagi nikmat yang tak terhitung dah.... so let we say thankful so much to HIM ok!

Baru balik dari koop. erm, hari ni saje dah nak dkt 10 org budak sekolah kena histeria. Aku yang kat koop jadi tak tenang. Dengar budak tu menjerit. Budak ni menjerit. Tadi, lepas habis kemas koop, aku keluar jap, jenguk apa yang berlaku. Erm, ada nampak sorang budak prmpuan ronta2 sambil jerit2...kawan2 dya yang laen duk pegang dya.... yang budak laki tu plak,...huh! mmg dasyat. dye bg flying kick kat kawan dya, naseb baek kawan tu sempat ngelak....

"Weyhhhhhhhhhhhh...lepas la...yang hampa duk pegang2 aku ni pasai pa...aku cakap lepas!!!!!"

camtu la lebih kurang suasana dya.pergh,....mmg dasyat.

sebenarnya, lebih dasyat dari tu pernah jadi. dah lebih kurang 5 bulan bdk2 sekolah kena serang histeria. habis cikgu2 kalut. yang ustaz2 lagi la. 

"Hang nak kluaq ka tak mau...buat ap masuk dlm budak ni. depa ni nak periksa"

camtu la lbih kurang ayatny

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, ada orang tak puas hati ngan sekolah. maklumlah dya tu dah ada PHD. [Penyakit Hasad Dengki]. so mentang2 la dah ada PHD, dya sanggup sihirkan sekolah, hantaq kaum kerabat jin kacau budak2 sekolah. erm, apa la nak jadi dengan dunia sekarang. mende ni pon jadi semata-mata perasaan tak puas hati kat seseorang. 


HUH! paling kesian budak2 la... ada yang pernah pecahkan tingkap then nak kerat urat tangan. Pastu ada yang pernah terjun bangunan! ada yang pernah jadik macam rimau.... huhu.... niey ke yang orang tu nak sebenarnya.... tau la dah ada PHD. tapi jangan la duk bangga sangat dengan title PHD tu. taubat la banyak2.... mende niay tak bawak ke mana pon.. budak2 sekolah tak kacau ap2 pon, cuma kalau ada yang tak puas hati dengan orang tu, jumpe la face to face ngan dya.. settle ngan dya....x payah la nak buat perjanjian ngan jin. tengok, apa dah jadi....x de untung ap2 pon...huhu

ok . mode sekarang : geram!!!.

tapi dari sudut pandangan laen, apa yang berlaku adalah peringatan daripada Allah. Peringatan untuk budak2 sekolah jugak dan untuk diri kita sendiri.
 Peringatan untuk kita JAGA SOLAT. JAGA AURAT. BACA QURAN.

 yup! sometimes ada orang anggap mende ni remeh. tp inilah sbenarnya pendinding diri kita sendiri. contoh laen untuk buat pendinding diri sendiri, amalan ma'thurat,...ayat Kursi... n kdg dengan kita selalu selawat n istighfar pon, boleh jadi pendinding diri kita dari gangguan iblis. yang penting kita ikhlas kerana Allah.

Mende2 niey insyaAllah takkan kacau kita kalau dalam diri kita ada pendinding. dan pendinding itu adalah truly from Allah, iaitu ayat2 Al-Quran., atau zikrullah....

Kita sbg mnsia kena yakin yang kalam2 Allah umpama air. Dan iblis itu daripada api. Jadi, bila api lawan air...InsyaAllah... same2 la kita doa pada Allah....

Abah pernah cerita kat aku pasal Saidina Umar. Bagaimana takutnya syaitan dengan Saidina Umar sampai sanggup cari persimpangan yang laen daripada bertembung dengan Umar. sebabnya, Saidina Umar sgt3 kasihkan agama Allah...Al-Quran pulak dah sebati dengan Saidina Umar.


Sahabat Abbas berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku memiliki dua penasihat (menteri) dari ahli langit dan dua penasihat (menteri) dari ahli bumi. Yang dari ahli langit ialah Jibril dan Mikail, sedangkan dari ahli bumi adalah Abu Bakar dan Umar. Merekalah pendengaran dan penglihatanku.” (Hadis riwayat Alhaakin, Ibau Asaakir dan Au Na’im dalam Fadhailus Sohabah)


Daripada Saidatina Aisyah, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya syaitan menyingkir (menghindar) apabila berjumpa dengan Umar.” (Hadis riwayat Ibnu Asaakir)



Rasulullah SAW pun bersabda: “Paling kasih sayang daripada umatku adalah Abu Bakar dan paling keras dalam agama Allah adalah Umar.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim dan At-Tirmizi)


JOm sama2 kita jaga solat, amalkan ayat Quran untuk pendinding diri kita dan amalan2 laen... dan mohon doa jugak untuk keamanan sekolah balik,...supaya tiada gangguan dari makhluk halus lagi.... 
same2 doakan ea...InsyaAllah....

***

ada sorang budak niey.... "kak, kak nak tutup koperasi dah ka?"

"belom lg...jap lagi akak tutup la...."

"haaaaaaaaa, kak,..tok sah la tutup lagi, sebab jin x beli kat akak lagi."

"amboyyy hanggggg...muluttttt, nak makan cabai ka...."


***


Nurul Ain Shohor

3 comments:

  1. anak jiran dekat umah ema ni ada yg kena.
    bila dkt umah dia oke, bila p skolah ja dia kena rasuk..
    jenuh gak la mak dia berubat..
    skg ni dah oke dah..

    ReplyDelete
  2. tahun nie byak dugaan la...org ada pnyakit PHD 1 hari akn dpat balasanya jugak..

    ReplyDelete
  3. akhma: yeke...hopefully dye ok...

    cik miela: insyaAllah...sama2 kita doakan Allah tunjuk sesuatu,

    ReplyDelete