Alhamdulillah, cutiku tak tersia baca buku niey. terlalu banyak perkongsian ilmu oleh Hilal asyraf- pengarang novel ini dan outhor kpd blog Langit Illahi. dan aku pernah post entry bersediakah menjadi suami yang aku amik dari blog beliau juga...
Janji tak tipu. blogwalking lah kat blog beliau. terlalu banyak perkongsian yang kita boleh jadikan pengajaran. Antara buah fikiran yang mampu buat kita berfikir dan berzikir. InsyaAllah.
Dan dalam sinergi, merupakan novel yang sangat mudah difahami n tidak terlalu berat untuk terima.
dan ini aku amik dari salah sorang yang komen pasal sinergi daripada tumblr beliau. [nrahmah ]
Novel Sinergi sangat padat. Itulah yang aku boleh ringkaskan tentang novel ni.
Cakap je nak tau pasal ape berkait dengan kehidupan, semua ada insya Allah.
kenapa ini penting? kenapa itu penting? macam mana nak buat ni? macam mana nak buat tu?
persahabatan, tarbiyyah, cinta, konflik dalaman, keluarga, masalah disiplin pelajar, kepimpinan, suspen, general knowledge, humor, kahwin, dakwah, kawalan emosi, kehidupan harian, sirah. dan sangat sangat banyak lagi ilmu yang boleh dapat dalam novel ni insya Allah. semua dalam satu novel.
(aku rasa contoh aku bagi ni macam common je, tapi percayalah penyampaian dalam Sinergi tak se’common’ yang kte pk hee)
Sinergi, tak keterlaluan kalau aku kata novel ni yang aku paling terkesan bila baca.
dan aku kongsi sikit ap itu SINERGI.
dan ini adalah salah satu yang aku amik dari STADIUM MUSLIM.COM
Pengarang dengan suka memperkenalkan kepada kita jalur konsep ukhuwwah dengan bancuhan urnanya yang tersendiri. Dalam Sinergi, konsep tersebut merujuk kepada formula 1+1=3, tidak semestinya dua jawapannya. Formula ini mengajar pembaca betapa kesatuan dua individu bakal melahirkan sesuatu yang luarbiasa, kerana tanda campur itu merupakan iman. Gugusan iman yang menyatukan dua saudara ini akan menggerakkan mereka menggenggam tali Allah.
Hablum min an-naas dalam novel ini begitu signifikan sifat dan nilainya, begitu juga seperti yang diutarakan dalam novel-novelnya yang terdahulu. Penekanan cara dan sebab melalui persoalan kenapa dan bagaimana yang sering disuakan kepada pembaca menerusi watak pelajar-pelajar sanfur (gelaran pelajar baru di sana) mengajar kita sebenar letak duduk perkara.
Ukhuwwah dengan sahabat bukan sahaja menuntut kita menggaluri haknya sebagai sahabat. Malah penulis menggarisi adab-adab dan tingkatan ukhuwwah yang perlu dikenalpasti oleh setiap manusia yang punya dan ingin mempunyai sahabat persis Asid dan Irfan, yang karibnya hanya kerana Pencipta.
Insyaallah, kalu x keberatan aku akan cuba olah ap yang aku faham n apa yang aku dapat dari novel ilmiah tersebut. Dan kalau nak lagi best, cuba dapatkan satu. InsyaAllah, x rugi.
Nurul Ain Shohor
Hola,
ReplyDeleteHablando es franco, sois completamente derechos.
http://www.ddl17.com/
Dougles