Perjalanan nak ke JOhor sangat jauh...penat duk dlm kereta. Tapi kali ni, aku dah nekad tak nak tido. Nak teman abah drive. Macam mak selalu buat.
MAK... setiap kali abah drive, mak takkan tido. Bohong la kan mak tak ngantok. Tapi mak tetap takkan tido. Mak lah yang akan c0-pilot abah. Kalau abah laju, mak tepuk paha abah, so abah pelan....pastu laju lagi. hahaha....kelako. Kalau abah ngantok tgah drive, mak lah yang tolong basahkan kepala abah.... tak pun mak teman abah tido tepi jalan.... Lagi, mak lah yang tolong kupas kacang kat abah, tolong bg tu la..bg ni la....suka sangat aku tgok.
Balik semula pasal nak g Johor. Masa baru je kitorang kluar dari Taman Seri Kurau, abah tepuk dahi.
"Allah....ubat lupa ambik"
frust giler muka abah.... pastu mak jawab....
"dah ambik dah,...kat atas microwave kan"
pastu ada la lagi kan....
then abah senyum n ckp gini kat aku....
"ain, niey la bgusnya ibu"
erm....aku senyum n ak bangga dgn mak. SATU PENGHARGAAN DARIPADA SEORANG SUAMI.
Pagi tu, mak bangun pukul 4 masak nasik. aku pon tak sedar bila mak bangun. Aku bangun pukul 5.30 pagi tu, tgok nasik dah ada dalam bekas da pon....huk3...sori mak, x dpt tolong mak....
kitorang gerak pukul 6.30 pg aritu....
***
sampai la detik kat umah along.....along ngan kak long kan baru pindah ke Johor. Kena pulak along bertugas kat tengah ladang kelapa sawit.... erm, kat situ aku tengok hati dua orang isteri n hati dua orang ibu. Mak n kak long dah jadi isteri orang n ibu orang. Satu je perkataan yang aku boleh ungkapkan untuk mak n kak long sebagai seorang wanita. Iaitu PENGORBANAN.
Masa kat umah along, aku terfikir, ...secara logiknya x semua isteri sanggup ikut suami tambah2 duk dalam ladang tu. Dengan jauh dari orang ny, dari bandar...... Tapi kak long tak. Kak long sanggup teman along...seriusly, along mmg busy.... InsyaAllah, segalanya dipermudahkan...
aku ada sembang ngan along malam tu...kak long pon ada sekali...
"along, baguslah duk sini....baek ntuk Alma gak....x dak pencemaran"
"insyaAllah..... Rasulullah pon duk luar bandar sampai umur 2 tahun. Along n kak long pon, insyaAllah duk sini 2 tahun"
Kak long snyum je waktu tu....aku yakin, along n kak long dah berbincang pasal niey....
buat along n kak long: ain doakan keluarga along n kak long sentiasa dalam rahmat Allah....
n sentiasa ditemani dengan kesabaran.
***
waktu nak berpisah dengan angah.
Alhamdulillah, angah dapat training untuk jadi assistant manager untuk ladang syarikat IOI....kebetulan, angah ikut jejak along... rezeki Allah kan...kita tak pernah sangka pon jadi gini.... apapun sbg hamba, syukur itu tak boleh lekang langsung dalam kehidupan kita...
Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telah menjanjikan ni’mat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”
Pagi tu, hati seorang ibu.... aku sendiri tak boleh nak bgtahu..abstrak sgt.... hanya Allah yang tahu....
satu lagu pengorbanan seorang ibu,... melepaskan anak2 untuk mencari mutiara dalam kehidupan....
***
DAN apa yang aku dapat sepanjang 4 hari tu.... adalah pengorbanan ibu. Pengorbanan ibu yang sedang mengajar aku untuk menjadi seorang wanita yang akan bergelar isteri dan ibu. Kata-kata abah kat atas yang buat aku terfikir, mampukah aku jadi sebagus ibu. seperti yang abah maksudkan... mampukah aku mengejar hadis "sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah". Mampukah aku? Terlalu banyak kelemahan rasanya....Setakat ini, aku ada dua orang wanita yang jadi contoh terdekat dalam hidupku... tak laen tak bukan EMAK dan KAK LONG. Doakan ain ye....
Nurul Ain Shohor
No comments:
Post a Comment