Member2

08 August 2011

cara mudah mencari muka surat juzuk dlm Quran..!!!

Alhamdulillah....yeay! hari ni dapat ilmu baru.

Cer teka Juzuk 5 dalam Al-Quran muka surat berapa? ok...nama pun teka...so sila teka ye... =)

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita amalkan.

“Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw.” (HR. Muslim)


                Dalam sehari, berapa kali kita baca Al-Quran? Sekali? Dua kali?
                                             atau  dalam solat saja?

Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran KERANA setiap satu hu...ruf... diberikan 10 ganjaran pahala. 

Daripada Ibnu Mas;ud ra meriwayatkan bahawa Rasullulah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah maka untuknya satu hasnah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan 10 pahala. Aku tidak berkata sebagai satu huruf (Alam- Alip Lam Mim)) tetapi (Alip)  adalah satu huruf, (Lam) adalah satu huruf dan (Mim) adalah satu huruf."

Lagipun Al-Quran kan kalam Allah... maksudnya datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia. Pernah tak dengar kalau kita rasa nak Allah bercakap dengan kita, bacalah Al-Quran. kalau kita nak bercakap dengan Allah, maka bersolatlah.

OK. Kat sini nak kongsi TIPs cara mudah untuk menghafal muka surat setiap juzuk. 

Subhanallah! Memang menakjubkan! Sebab hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita akan dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

JOM sama2 belajaq...
Contoh 

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 
4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82




Selamat Mencuba

Selamat Berbuka Puasa



2 comments: