Member2

11 August 2011

perginya mutiara agama. Innalillah...

Izinkan aku post entry ini berkenaan si dia, walaupun aku tak pernah mengenali si dia dan aku takkan pernah dapat mengenali dia lagi. Yang pasti si dia adalah pemuda yang hebat.

Pagi tadi, aku dapat SMS dari seorang kakak sewaktu sama2 belajar di matrik dulu...

KAK CT ---> Salam. AFEZ HASAN - batch bawah akak. Telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi                  kerana terlibatdengan kemalangan di kampung sempang sewaktu ingin pergi menunaikan solat subuh...same2 sdkah Al-Fatihah kepada arwah.
            
Aku baca 2 kali mesej niey... sesungguhnya ajal maut itu di tangan Tuhan.

NURUL AIN --->  Innalillah... Al-Fatihah.

Aku ingat abis kat situ je. Malam niey, entah kenapa aku tergerak hati bukak group "SPK". Then kat situ ada seorang hamba Allah postkan sesuatu gambar. Dan baru aku tahu yang arwah bakal sambung pelajaran ke UMT.

arwah adik afez hasan... otw ke masjid utk solat subuh pg td, dilanggar van di simpang pasir gembur, kampung sempang, serkam melaka.


Pastu, aku rasa terpanggil je nak carik facebook arwah...<MOHAMAD AFEZ>

Alhamdulillah jumpa...

Yang lagi buat aku terharu, terlalu ramai kawan2 Allahyarham yang post takziah dalam wall beliau... Terdetik waktu itu, sapa yang akan baca? Family arwah? Dan arwah takkan duduk depan screen laptop untuk baca semua itu...

Kalau kita fikir balik kan, waktu birthday, ramai yang akan wish..InsyaAllah... Dan kita pon suka, then kita tekan button like... Tapi bila dah jadi camni???? huhuhu

dan sebenarnya aku pon baru terfikir. Macam mana pulak la kan yang akan jadi dengan segala gambo2 kita kat fb... Macam arwah niey, xpe la kan, beliau lelaki dan InsyaAllah dalam kalangan yang pemuda yang soleh.

kalau kita yang perempuan ni camne? aurat2 kite segala bagai... sume tu panggu kita waktu dalam kubur nanti. Kalau baek, alhamdulillah la kan...kalau terbukak sana terbukak sini, terdedah sana, terdedah...takkan kita nak keluaq kubuq then delete sume tu balik kan.. then kita masuk kubuq balik... camtu eh? huhu.....


Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-Sajdah 32:12)


If only thou couldst see when the guilty ones will bend low their heads before their Lord, (saying:) "Our Lord! We have seen and we have heard: Now then send us back (to the world): we will work righteousness: for we do indeed (now) believe." (As-Sajdah 32:12)



Dush3!!! Terkena batang hidung aku sendiri...

Ni adalah status yang arwah post lassssstttttttttt sekali kat dalam fb...




macam tahu2 je beliau akan tinggalkan "pekerjaan" beliau di dunia yang fana niey....

Selain tu, arwah pun ada post satu video jugak... 


❀❤ Perpisahan ini ❤❀ ~ 1st Edition ft Aizat




Dan di bawah niey adalah antara dari kawan2 arwah yang post kat facebook arwah...








aku harap entry ini tidak menyentuh hati mana2 pihak. Jujur dan ikhlas, aku hnya ingin jadikan pemergian arwah ini sebagai teladan buat kita yang masih hidup.

 Moga Arwah ditempatkan di tempat hamba2 Allah yang soleh...

AL-FATIHAH...






No comments:

Post a Comment