Member2

06 August 2011

syaitan terlepas???

Aku termasuk orang yang ingat segala jenis mak bapak tok tiri setan kena ikat masa bulan Ramadhan ni. Yang aku set dalam otak sebelum niey kalau ada perangai manusia yang macam setan dalam bulan Ramadhan niey, sume tu adalah nafsu depa semata-mata. Tapi kejadiaan minggu lepas buat aku fikir balik.

******
OK. kejadian minggu lepas....


Tengah2 nak letak beg kat moto, tiba2 dengar orang bagi tingkap pecah! X tahu kenapa petang semalam aku BLUR x tentu pasal...huhu...

Tahu2 je, 2 bijik tingkap koop terkorban. Budak tu dah meronta2 da... Yang bestnye, tangan dye x darah langsung, sedangkan tingkap dah pecah teruk. (adeyyy, macam2 betol la...)

Masa 1 Ramadhan, salah satu yang aku fikir, histeria kat sekolah maybe x kan jadi dah... sebab setan2 sume kena ikat kan.... supposely xde dah budak2 kena histeria....

Kejadiaan yang terjadi ni, mmg buat QUESTION MARK keluaq besaq2 dalam otak niey... Takkan la budak2 niey kena histeria disebabkan nafsu kan...ke syaitan terlepas? hehe....huhu


*****
Then, aku pon google la apa yang patut....

Erm, ada satu hadis yang terangkan keadaan syaitan2 niey waktu bulan Ramadhan.

Hadis yang dimaksudkan adalah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datangnya bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan”.

Jadi, memang tak mustahil la bila orang yang tak berapa cukup ilmu macam aku ni ingat suma syaitan kena ikat kan.... Apapun, Alhamdulillah sangat2 kejadiaan yang berlaku minggu lepas tu dah bukak fikiran aku pasal menda2 niey.... JOM SHARE.

Sebenarnya ulama’-ulama’ islam telah memberi beberapa pandangan. Sebahagian ulama’ berpegang dengan zahir nas dengan mengatakan memang pada hakikatnya syaitan dibelenggu. Mereka mengambil sikap berdiam diri (tawaquf) terhadap persoalan berlakunya kerasukan syaitan pada bulan Ramadhan. 

Sebahagian ulama’ pula mentakwilkan ungkapan syaitan dibelenggu dengan makna majaz iaitu bahasa kiasan bukannya hakikat. Ia mengambarkan kesulitan syaitan untuk mengoda dan menganggu anak adam dalam keadaan mereka berpuasa seolah-olah syaitan dibelenggu pada bulan tersebut. Hal ini dapat difahami melalui hadis nabi “Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam tubuh anak adam seperti darah mengalir, maka sempitkanlah aliran tersebut dengan berlapar (puasa).

Pandangan ketiga mengatakan bahawa memang benar syaitan dibelenggu, namun bukan semuanya. Syaitan yang kuat-kuat sahaja yang dibelenggu dikalangan ketua-ketua mereka. Ini berdasarkan riwayat yang lain yang menggunakan lafaz “maradatul Syayatin” atau “maradatul Jin” yang bermaksud syaitan-syaitan yang kuat . Pandangan ini telah dipersetujui oleh Syeikh Wahid Abdul Salam Bali dalam kitabnya “Wiqayatul Insan Minal Jin Wassyayatin”. Penulis lebih cenderung kepada pendapat ini. Pendapat ini sekaligus menjawab persoalan berlakunya kerasukan syaitan di dalam bulan Ramadhan dimana syaitan-syaitan yang merasuk tersebut adalah syaitan-syaitan kecil. Pada pengalaman penulis, penulis pernah merawat orang yang dirasuki syaitan di dalam bulan ramadhan sehingga berlakunya dialog antara penulis dan syaitan yang merasuk melalui perantaraan lidah pesakit. Di dalam dialog tersebut penulis telah bertanyakan tentang syaitan dibelenggu dan ternyata syaitan yang merasuk tubuh persakit mengakui ketua-ketua mereka ada yang dibelenggu.




PENULIS ADALAH  Ustaz Hasrizal iaitu sumber yang aku kopi pasta copy paste. 

DAN NI ADALAH POST AKU YANG SEBELUM NI, PASAL HISTERIA YANG BERLAKU TEMPAT AKU KEJA SEKARANG...HEE




Nak tau x sebenarnya pasal manusia, jin, iblis, syaitan? InsyaAllah, aku try share dalam post bila2 nanti... Yang pasti dalam Al-Quran TAK ADA LANGSUNG perkataan hantu ye... hee~~~



wallahua'lam

4 comments: